Saturday, December 3, 2011

Hiasan Gumpaste

Saya baru belajar cara guna gumpaste. Bahan2 dah lama beli dah, more than 5 months dah barang2 tu tersepuk dalam storage box. Ingatkan renyah dan melekit2. Surprisingly, membuatnya cukup mudah. Masa tu mata terpacak tengok CSI New York. Tak sampai 10 minit dah jadi dah gumpaste nya. Very easy to work on and you can keep the gumpaste for long in the fridge or in the freezer longer. Resepinya  ada di cookinbuzz. (Cuti sekolah ni, memang lebih banyak kerja nak diselesaiakan and laptop ni pun ramai pulak penggunanya.) Untuk dua kek ni, saya cut-out alphabet menggunakan alphabet cutter. Idea paling simple dan memang nampak kelainannya. Lain kali akan cari idea hiasan yang lebih mencabar.

Orange cake .. dua lapis cream dan chopped peaches. Frosting seluruh kek dgn fresh cream.

Hiasan yg sangat simple.. sebenarnya dah tak sempat nk pikir. Tuan kek dh nk ambil 1 jam lepas tuang coklat  ganache atas kek..... Kek chocolate moist Mrs Dayat.

Sunday, November 13, 2011

Death by Chocolate cake

Kek birthday untuk anak2 sedara. Sambut sekali 3 org.. jimaat :) Recipe link at cookinbuzz.



For Hanan, Wafiy and Ainaa....

Wednesday, October 5, 2011

Latest bakeworks

Some of the bakings done after raya to date.








Terimakasih Man & Yati, dh byk kali  tempah dengan akak... kek kukus mix fruit dan cuppies ..choc moist dan lemon cupcakes.


Oreo and whipped cream.. hasil tangan anak2 untuk walid



Chocolate moist cake


Chocolate moist cuppies. 





Menggunakan chocolate image transfer utk wrap kek..
Thnk you Hj Wan




Jazakillah Ustazah Asmahan.. for his son's birthday.

Saturday, September 17, 2011

Berjaya buat coklat

Alhamdulillah.. dah berjaya buat coklat. Ha..ha.. coklat compound je. Sap..sap..soi je nak cairkan. Belum lagi cuba guna couverture chocolate. Belajar dari blog nih. Thank you very much. Dah went through tutorial. Rasa-rasanya boleh buat insyaAllah.

Ni chocolate yang dah berjaya buat. Buat dua batch. First batch habis petang tu juga. Second batch, buat next day, senang sangat. Sesiapa pun boleh buat guna compound chocolate ni. Next time, nak try guna couverture chocolate pulak. Mesti sedap. First grade chocolate.

Introducing the new star of ellincakes... CHOCOLATES. Sesiapa yang tak rajin nak buat boleh order.

Happy birthday to me & darling daughter

Happy birthday my sweet seventeen. As usual, every birthday in this family awaits a celebration. At least, a cake... walid reciting doa and everyone sings the b'day song.

Untuk umi pula, diraikan bukan perkara terpenting. Usia dah 40-an.. Bukan malu dengan diri yg semakin tua, tp dgn amal yg begitu sikit. Mudah2 an usia yang berbaki tetap dlm petunjuk dan hidayah-Nya. Tapi hati tetap terusik dgn effort cek abang... print poster utk raikan umi & naja.

Lekat kat sejadah favorite umi..

Kek untuk b'day September Girls...

Monday, August 15, 2011

Ramadhan..mudah2an tak sia2

Separuh Ramadhan dah berlalu. Hmm..tak sebagus tahun2 sebelum ni. A few nights tak larat nk habiskn terawih 8 rakaat. Baca tahiyat akhir entah brp kali ulang.. akhirnya bagi salam, lipat telekung.

Apa yg tak kene. Sedihnya.. risau. Usia yg meningkat..cepat letih or iman makin lemah??! Finally, last night twas a big difference. Was it the hope and doa yg dipanjatkan or the good two hour sleep in the afternoon??.. Apa pun kesyukuran tak terhingga dipanjat pada Ilahi. May it be the same for the rest of Ramadhan..

Doa yg diajar Rasulullah s.a.w kepada seorang sahabat. Kita kongsi sama.... "YaAllah, bantulah aku utk mengingati-Mu, bantulah aku menjadi hamba-Mu yg bersyukur dan bantulah aku dalam menegakkan ibadah kepada-Mu"..

Sunday, August 14, 2011

Chocolate Butterfly



Kek chocolate cheese..kt sidebar kek chocolate marble cheese. Tak buat marblenya sbb kek disalut choc ganache. Cube wat chocolate butterfly kt http://everything-old-crafts.blogspot.com/2011/02/how-to-make-chocolate-butterfly-cake.html. Saya buat a few. Nampak mudah, tp bila dah lukis, choc tu tk stiffen immediately. Masih lg mengalir tu yg tk dpt thin lines.


Thursday, July 28, 2011

MARHABAN YA RAMADHAN


Barakah Allah ke atas pengirimnya dan kesejahteraan untuk penerimanya.

Saturday, July 23, 2011

Kukuhkanlah keyakinan kita

"Dik ingat! Pergantungan kita hanya pada Allah.." Inilah kata2 saya pada adik perempuan masa hantar dia yg menunaikan haji pada tahun 2009. Dia pergi sendirian..masih bujang. Dpt panggilan last minit. Masa hantar tu, jemaah yang nak menunaikan haji samada berdua, suami isteri atau sekurang2nya ada keluarga yg kenal pergi bersama. Tapi adik sendirian. Hati kami berbalam2 memikirkan dia sendirian. Perempuan lagi tu. Saya tidak dapat memikirkan kata2 lain yang lebih baik bagi mengukuhkan keyakinannya.
Begitulah keadaan kita dalam keadaan tertekan, terdesak dihimpit masaalah ... yang kita hanya mampu lakukan adalah berdoa mengharap rahmat dan pertolongan-Nya. Sekiranya kira membulatkan keyakinan kita kepada-Nya, bersangka-baik pada ketentuan-Nya, pasti Dia akan melorongkan jalan keluar. Dan kejayaan yang kita kecapi atau hasil yang kita perolehi akan menjadikan diri kita hamba yang bersyukur dan dijauhkan sifat riya' mahupun takabbur. Inilah hikmah ujian Allah kepada kita.



Kek chocolate moist untuk Sarah dan adik2.

PROMOSI ISTIMEWA SEHINGGA AKHIR SYAWAL 2011

Kek chocolate moist
* 9 inci (1.44kg) RM40
* 8 inci (1.1kg) RM30
* 7 inci (720g) RM20

Kek disalut dgn chocolate ganache dan taburan chocolate rice/coloured rice atau ucapan ringkas "SALAM AIDILFITRI".


****************************
Cupcakes chocolate moist dgn plain chocolate swirl, size 'm'
25 biji @ RM1.25 sebiji - RM31

****************************
Kek kukus mixed fruit
7 inci (1.2 kg) RM38

*****************************
Kek marble cheese (chocolate cheese)
8 inci - RM38


  

Carrot cake dgn cream cheese frosting...yum yum.  Rasa dirumah kakak raya tahun lepas. Sedapnya..cream cheesenya  tangy dgn rasa lemon. Balik terus cari di internet. Cuba resepi dari joyofbaking masa birthday anak, syed umar... alhamdulillah jadi...bestnya. 

Sunday, July 17, 2011

Idea..idea

"Idea datang masa solat. Eii! Geramnya..."  Begitulah kerja syaitan. Sentiasa membisik agar kita terlalai. Memang kita kena sentiasa bertarung untuk tetap khusyuk. Sebenarnya dalam seluruh kehidupan, kita memang senantiasa terlalai. Sebab itu kena minta Allah sentiasa memberi kita cahaya petunjuk dan hidayah-Nya agar kita tidak tersasar. Bukan sahaja dalam solat. Bahkan dalam apa jua perkara yang kita lakukan.

Okey, nak share resepi cupcake yang saya buat malam tadi. Hershey's easy chocolate cake. Texture kek ni lebih ringan daripada kek yang biasa saya buat. (resepi kek coklat Along Roz - myresepi. Lain kali saya share)




Hershey's easy chocolate cake

·         2 cawan gula
·         1-3/4 cawan tepung
·         3/4 cawan cocoa
·         1-1/2 teaspoons baking powder
·         1-1/2 teaspoons baking soda
·         1 teaspoon garam
·         2 biji telur
·         1 cawan susu fresh milk
·         1/2 cawan minyak masak
·         2 teaspoons esen vanilla
·         1 cawan air panas baru didih
   
1.     Ayak tepung bersama dengan serbuk cocoa, baking soda, baking powder. dan garam kedalam mangkuk mixer. (Saya terlupa masukkan garam. Mungkin sebab tu agak  rasa ringan and kurang lemak). Masukkan telur, susu, minyak masak dan esen vanilla.* Pukul dengan kelajuan sederhana selama 2 minit. Hentikan mixer dan masukkan air panas didih. Kacau dengan spatula sehingga rata. (Batternya agak cair). Tuang kedalam cawan cupcake dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan sebelum itu. Suhunya bergantung kepada oven masing2.  Oven saya kecil dan dah tua... (bila gaknya dapat beli yang baru) Kena turunkan suhu serendah 130 deg C.

2.     * Saya ada terbaca somewhere kt internet yang "pure vanilla extract" diextract menggunakan alkohol. Tak tahulah macamana caranya.   Saya guna vanilla essence Star Brand atau vanilla essence yang clear cerah colour nya

    Saturday, July 9, 2011

    Kek 'Thank You'


    Gift for our neighbour, En.Rahman. Thank you very much...
    Chocolate moist cake dgn selapis chocolate filling. Hiasan buttercream.
    Warna agak kurang menyerlah. Kehabisan color merah. Red flowers pun takde jugak.
    Kena beli stok decorative baru.. or maybe I should make a try on the sugarpaste.
    Bahan dah beli..mood je belum sampai lagi.

    Monday, July 4, 2011

    Kek 'Hello Kitty' lagi..


    ...kek chocolate moist for Diyana...
    ...thank you cikgu Zira...

    Door Gifts untuk Majlis K.Chu


    ...kotak untuk kek kukus mix fruit...


    ...kek kukus selebar 2 inci...


    ...pink n pearls...


    ...chocolate swirl...


    ...pink n white...



    Thursday, June 23, 2011

    Orange Cupcakes



    Cupcake yang comel. Saya guna small cupcake casing.
    Sekali ngapp.. terus hilang.
    Dapat 70 tiny cupcakes.



    Cupcake dihias dengan buttercream.
    (Lebih daripada hiasan b'day cake Nuha)

    Resepi Orange Cupcakes dari CupcakesRecipes.com :

    • 1  3/4 cup cake flour
    • 1 cup sugar
    • 1/2 tsp salt
    • 2 1/2 tsp baking powder
    • 2 large eggs, (asingkan kuning telur dengan putih telur. Pukul putih telur hingga kental)
    • 1 tsp vanilla essence
    • 1/2 cup orange juice
    • 120g of butter, softened



    Pukul putih telur dengan mixer hingga kental. Ketepikan.


    Satukan butter, gula , kuning telur dan esen vanilla di dalam mangkuk yang lain. Krimkan bahan2 ini bersama sehingga rata.



    Didalam mangkuk yang berasingan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.

    Masukkan 1/3 tepung yang telah diayak kedalam adunan butter dan kuning telur dan separuh daripada jus oren sambil dikacau dengan mixer menggunakan speed yang rendah. Masukkan baki tepung dan jus oren berselang seli.

    Hentikan mixer dan kaup balikkan putih telur kedalam bancuhan tadi sehingga rata dengan perlahan. 

    Sudukan batter kedalam papercups separuh sahaja.


    Bakar didalam oven 175 degree yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit atau sehingga kek masak. 

    Tunggu sehingga cupcakes telah sejuk sebelum dihias dengan Orange Icing



    Friday, June 17, 2011

    First try deco dengan buttercream icing

    Baru la ni nak update blog. Today, birthday anak saya Nuha. Semalam buat kek untuk dia and hantar ke tadika. Seronok sangat dia umi buat kek 'Hello Kitty'. Mula2 dia mintak kek jelly. Kawan2nya bawak kek piping jelly lah tu. Barulah nak cari resepi camne nak buat piping jelly sendiri.Nak beli ready-made kat kedai bakers tu, tak yakin halalnya sebab ada gelatin ingredientsnya. So buat chocolate cake. Frost dengan chocolate ganache and buat image 'Hello Kitty' dengan buttercream. Alhamdullilah .. jadik......Kek yang hantar tadika tu, buat second time.ni. First kek buat petang tu kena kerebuk dengan Maryam (1 tahun 8 bulan). Geramnya.. Nakal betul Maryam. Memang tengah lasak. Haa.. terpaksalah buat sebiji lagi malam tu. Aklhirnya umi tidur pukul 2 pagi. Siap selesai tuang coklat ganache atas kek. Hiasannya buat pagi esoknya.. tak larat dah. Ha..nilah keknya. Buttercream guna resepi daripada mamafami spice n splendour.





    cake CHEESE CHOCOLATE MOIST !! yeah sedaap

    Wednesday, May 25, 2011

    Kek untuk tempahan





    KEK KUKUS MIXED FRUIT

    7x7 (1.2 kg) – rm40

    6x6 (800 g) – rm26


    Kek kukus for Mother’s Day. Nak harap anak 2 wat kek untuk Umi tak pandai lagi. Buatlah kek untuk diri sendiriSave some for Mak n Umi...Kek kukus ni memang Ellin ambil tempahan sejak habis sekolah lagi. Bahan2 yang digunakan juga insyaAllah disahkan halal. Ellin gunakan butter SCS atau Tatura. Ada juga butter yang dikatakan mengandungi bahan2 yang diragukan. Benar atau tidak, jika ada sesuatu yang kita ketahui meragukan, adalah lebih baik ditinggalkan. 



    CHOC MOIST CAKE (WITH GANACHE TOPPING)


    9X9 (1.5kg) – rm44
    8x8    (1.2kg) – rm33

    Kek chocolate moist yang memang popular. Resepi dari internet jugak. Dah banyak kali buat. Ellin gunakan whipping cream untuk ganache nya. InsyaAllah sedap. (Anak tanya ganache tu ape? Ganache coklat cair yang meleleh dan tak meleleh tu. Sebutnya 'genesh' dalam ejaan melayu)


    CHOC CHEESE CAKE
    7x7 - rm42

    Keknya rendah sbb salah guna tin. Yg dalam gambar tu guna 9x9inci tin.

    Sesiapa berminat untuk menempah kek bolehlah contact ellin melalui email.
    Delivery : self-pickup atau jika ellin yang deliver, bukit sentosa and bukit beruntung FOC. Area lain yang boleh deliver ialah sekitar Rawang up to Serendah, dgn sedikit caj.

    ~...BarakAllahu Feekum...~


    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...