Monday, April 8, 2013

AGAR-AGAR KERING


Agar-agar kering..antara manisan yang arwah nenak sering sediakan pada hari raya. Tapi dulu agar-agar ni tersangatlah manis dengan sakanya (kerak gula) yang tebal. Masa kecik-kecik tak suka sangat makan ni. Mungkin terlalu manis dan terdapat hanya satu perisa.Tapi kebanyakan resepi agar-agar ini telah diolah supaya tak terlalu manis dan terdapat pelbagai perisa. Kerak gulanya pula tidak tebal.

*Agar-agar kering atau juga dikenali sebagai beleda kering di Kelantan dan Terengganu merupakan sejenis kuih tradisional lama. Rasanya sedap dan enak. Agar-agar kering merupakan sejenis kuih yang manis dan tahan lama.
Agar-agar kering merupakan pada asasnya dibuat daripada agar-agar manis yang telah dikeringkan. Agar-agar kering biasanya dibuat pelbagai warna agar menarik dan dijemur separa kering menjadikan ia tidak mudah rosak dan tahan lama. Pada asasnya agar-agar dibuat seperti biasa, tetapi dengan tambahan menggunakan gula batu dan bukannya gula pasir. Lebih dari satu warna dihasilkan dan daun pandan digunakan bagi menimbulkan bau wangi. Kemudian apabila agar-agar telah menjadi keras, agar-agar tersebut akan dipotong pada saiz potongan yang bersesuaian. Saiz potongan tersebut biasanya akan berkurangan selepas dijemur apabila agar-agar tersebut kehilangan air dan berubah menjadi agar-agar kering.
Agar-agar kering yang baik biasanya mempunyai rupa berkaca, disebabkan kandungan gula yang mengeras dikelilingnya. Ia mempunyai rasa yang rangup di habagian luar dan lembut di dalam. Agar-agar kering biasanya jarang dihasilkan dan hanya dibuat bagi acara istimewa seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...