Thursday, July 28, 2011

MARHABAN YA RAMADHAN


Barakah Allah ke atas pengirimnya dan kesejahteraan untuk penerimanya.

Saturday, July 23, 2011

Kukuhkanlah keyakinan kita

"Dik ingat! Pergantungan kita hanya pada Allah.." Inilah kata2 saya pada adik perempuan masa hantar dia yg menunaikan haji pada tahun 2009. Dia pergi sendirian..masih bujang. Dpt panggilan last minit. Masa hantar tu, jemaah yang nak menunaikan haji samada berdua, suami isteri atau sekurang2nya ada keluarga yg kenal pergi bersama. Tapi adik sendirian. Hati kami berbalam2 memikirkan dia sendirian. Perempuan lagi tu. Saya tidak dapat memikirkan kata2 lain yang lebih baik bagi mengukuhkan keyakinannya.
Begitulah keadaan kita dalam keadaan tertekan, terdesak dihimpit masaalah ... yang kita hanya mampu lakukan adalah berdoa mengharap rahmat dan pertolongan-Nya. Sekiranya kira membulatkan keyakinan kita kepada-Nya, bersangka-baik pada ketentuan-Nya, pasti Dia akan melorongkan jalan keluar. Dan kejayaan yang kita kecapi atau hasil yang kita perolehi akan menjadikan diri kita hamba yang bersyukur dan dijauhkan sifat riya' mahupun takabbur. Inilah hikmah ujian Allah kepada kita.



Kek chocolate moist untuk Sarah dan adik2.

PROMOSI ISTIMEWA SEHINGGA AKHIR SYAWAL 2011

Kek chocolate moist
* 9 inci (1.44kg) RM40
* 8 inci (1.1kg) RM30
* 7 inci (720g) RM20

Kek disalut dgn chocolate ganache dan taburan chocolate rice/coloured rice atau ucapan ringkas "SALAM AIDILFITRI".


****************************
Cupcakes chocolate moist dgn plain chocolate swirl, size 'm'
25 biji @ RM1.25 sebiji - RM31

****************************
Kek kukus mixed fruit
7 inci (1.2 kg) RM38

*****************************
Kek marble cheese (chocolate cheese)
8 inci - RM38


  

Carrot cake dgn cream cheese frosting...yum yum.  Rasa dirumah kakak raya tahun lepas. Sedapnya..cream cheesenya  tangy dgn rasa lemon. Balik terus cari di internet. Cuba resepi dari joyofbaking masa birthday anak, syed umar... alhamdulillah jadi...bestnya. 

Sunday, July 17, 2011

Idea..idea

"Idea datang masa solat. Eii! Geramnya..."  Begitulah kerja syaitan. Sentiasa membisik agar kita terlalai. Memang kita kena sentiasa bertarung untuk tetap khusyuk. Sebenarnya dalam seluruh kehidupan, kita memang senantiasa terlalai. Sebab itu kena minta Allah sentiasa memberi kita cahaya petunjuk dan hidayah-Nya agar kita tidak tersasar. Bukan sahaja dalam solat. Bahkan dalam apa jua perkara yang kita lakukan.

Okey, nak share resepi cupcake yang saya buat malam tadi. Hershey's easy chocolate cake. Texture kek ni lebih ringan daripada kek yang biasa saya buat. (resepi kek coklat Along Roz - myresepi. Lain kali saya share)




Hershey's easy chocolate cake

·         2 cawan gula
·         1-3/4 cawan tepung
·         3/4 cawan cocoa
·         1-1/2 teaspoons baking powder
·         1-1/2 teaspoons baking soda
·         1 teaspoon garam
·         2 biji telur
·         1 cawan susu fresh milk
·         1/2 cawan minyak masak
·         2 teaspoons esen vanilla
·         1 cawan air panas baru didih
   
1.     Ayak tepung bersama dengan serbuk cocoa, baking soda, baking powder. dan garam kedalam mangkuk mixer. (Saya terlupa masukkan garam. Mungkin sebab tu agak  rasa ringan and kurang lemak). Masukkan telur, susu, minyak masak dan esen vanilla.* Pukul dengan kelajuan sederhana selama 2 minit. Hentikan mixer dan masukkan air panas didih. Kacau dengan spatula sehingga rata. (Batternya agak cair). Tuang kedalam cawan cupcake dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan sebelum itu. Suhunya bergantung kepada oven masing2.  Oven saya kecil dan dah tua... (bila gaknya dapat beli yang baru) Kena turunkan suhu serendah 130 deg C.

2.     * Saya ada terbaca somewhere kt internet yang "pure vanilla extract" diextract menggunakan alkohol. Tak tahulah macamana caranya.   Saya guna vanilla essence Star Brand atau vanilla essence yang clear cerah colour nya

    Saturday, July 9, 2011

    Kek 'Thank You'


    Gift for our neighbour, En.Rahman. Thank you very much...
    Chocolate moist cake dgn selapis chocolate filling. Hiasan buttercream.
    Warna agak kurang menyerlah. Kehabisan color merah. Red flowers pun takde jugak.
    Kena beli stok decorative baru.. or maybe I should make a try on the sugarpaste.
    Bahan dah beli..mood je belum sampai lagi.

    Monday, July 4, 2011

    Kek 'Hello Kitty' lagi..


    ...kek chocolate moist for Diyana...
    ...thank you cikgu Zira...

    Door Gifts untuk Majlis K.Chu


    ...kotak untuk kek kukus mix fruit...


    ...kek kukus selebar 2 inci...


    ...pink n pearls...


    ...chocolate swirl...


    ...pink n white...



    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...