Thursday, June 23, 2011

Orange Cupcakes



Cupcake yang comel. Saya guna small cupcake casing.
Sekali ngapp.. terus hilang.
Dapat 70 tiny cupcakes.



Cupcake dihias dengan buttercream.
(Lebih daripada hiasan b'day cake Nuha)

Resepi Orange Cupcakes dari CupcakesRecipes.com :

• 1  3/4 cup cake flour
• 1 cup sugar
• 1/2 tsp salt
• 2 1/2 tsp baking powder
• 2 large eggs, (asingkan kuning telur dengan putih telur. Pukul putih telur hingga kental)
• 1 tsp vanilla essence
• 1/2 cup orange juice
• 120g of butter, softened



Pukul putih telur dengan mixer hingga kental. Ketepikan.


Satukan butter, gula , kuning telur dan esen vanilla di dalam mangkuk yang lain. Krimkan bahan2 ini bersama sehingga rata.



Didalam mangkuk yang berasingan ayak bersama tepung, garam dan baking powder.

Masukkan 1/3 tepung yang telah diayak kedalam adunan butter dan kuning telur dan separuh daripada jus oren sambil dikacau dengan mixer menggunakan speed yang rendah. Masukkan baki tepung dan jus oren berselang seli.

Hentikan mixer dan kaup balikkan putih telur kedalam bancuhan tadi sehingga rata dengan perlahan. 

Sudukan batter kedalam papercups separuh sahaja.


Bakar didalam oven 175 degree yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit atau sehingga kek masak. 

Tunggu sehingga cupcakes telah sejuk sebelum dihias dengan Orange Icing



Friday, June 17, 2011

First try deco dengan buttercream icing

Baru la ni nak update blog. Today, birthday anak saya Nuha. Semalam buat kek untuk dia and hantar ke tadika. Seronok sangat dia umi buat kek 'Hello Kitty'. Mula2 dia mintak kek jelly. Kawan2nya bawak kek piping jelly lah tu. Barulah nak cari resepi camne nak buat piping jelly sendiri.Nak beli ready-made kat kedai bakers tu, tak yakin halalnya sebab ada gelatin ingredientsnya. So buat chocolate cake. Frost dengan chocolate ganache and buat image 'Hello Kitty' dengan buttercream. Alhamdullilah .. jadik......Kek yang hantar tadika tu, buat second time.ni. First kek buat petang tu kena kerebuk dengan Maryam (1 tahun 8 bulan). Geramnya.. Nakal betul Maryam. Memang tengah lasak. Haa.. terpaksalah buat sebiji lagi malam tu. Aklhirnya umi tidur pukul 2 pagi. Siap selesai tuang coklat ganache atas kek. Hiasannya buat pagi esoknya.. tak larat dah. Ha..nilah keknya. Buttercream guna resepi daripada mamafami spice n splendour.





cake CHEESE CHOCOLATE MOIST !! yeah sedaap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...