Saturday, July 23, 2011

Kukuhkanlah keyakinan kita

"Dik ingat! Pergantungan kita hanya pada Allah.." Inilah kata2 saya pada adik perempuan masa hantar dia yg menunaikan haji pada tahun 2009. Dia pergi sendirian..masih bujang. Dpt panggilan last minit. Masa hantar tu, jemaah yang nak menunaikan haji samada berdua, suami isteri atau sekurang2nya ada keluarga yg kenal pergi bersama. Tapi adik sendirian. Hati kami berbalam2 memikirkan dia sendirian. Perempuan lagi tu. Saya tidak dapat memikirkan kata2 lain yang lebih baik bagi mengukuhkan keyakinannya.
Begitulah keadaan kita dalam keadaan tertekan, terdesak dihimpit masaalah ... yang kita hanya mampu lakukan adalah berdoa mengharap rahmat dan pertolongan-Nya. Sekiranya kira membulatkan keyakinan kita kepada-Nya, bersangka-baik pada ketentuan-Nya, pasti Dia akan melorongkan jalan keluar. Dan kejayaan yang kita kecapi atau hasil yang kita perolehi akan menjadikan diri kita hamba yang bersyukur dan dijauhkan sifat riya' mahupun takabbur. Inilah hikmah ujian Allah kepada kita.



Kek chocolate moist untuk Sarah dan adik2.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...